KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN)

Assalamualaikum. selamat sejahtera bagi semua pembaca semoga dirahmati Allah hari ini saya nak kongsi tentang KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN) atau dalam sains dikenali sebagai Kelenjar Pineal (Pineal Gland)

Otak tengah (midbrain) merupakan otak yang terletak diantara otak kanan dan kiri, juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi 300 juta serat saraf.

Otak tengah akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi dan berupaya untuk membantu menyeimbangkan keupayaan fungsi otak kanan dan otak kiri.

mid brain

Kelenjar pineal adalah organ yang berbentuk seperti kerucut (kon) yang rata. Sebesar kacang “peas” dan letaknya di pusat otak tengah.

Kelenjar pineal adalah kelenjar yang paling misteri di dalam tubuh manusia, kerana  mempunyai ukuran frekuensi yang sangat laju dan cekap apabila tiada pancaran cahaya dan terus berada di dalam kegelapan cahaya.

Penemuan telah  membuktikan bahawa kelenjar ini menghasilkan dua jenis hormon yang sangat mujarab dikenali sebagai melatonin  dan serotonin. 

Hormon melatonin akan keluar pada waktu malam dimana pada waktu itu kelenjar-kelenjar lain dibawahnya kurang aktif.

Hormon ini membantu pemikiran manusia menjadi lebih introvertif dengan memberikan rasa kebahagiaan dan keceriaan tanpa batas serta kesedaran yang lebih tinggi di dalam mengendalikan segala aktiviti individu, manakala hormon seratonin membantu untuk memberikan pengaruh kepada semangat untuk melakukan aktiviti fizikal khususnya pada siang hari di mana kelenjar-kelenjar penting yang lainnya sangat aktif  disebabkan kegiatan fizikal tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *