Pengaktifan Otak Tengah Menjadikan Zaman Kanak-kanak Sesuatu Yang Bernilai

Assalamualaikumwarahmautullahiwabarakatu sohabat-sohabat dan kawan-kawan .. hari ini saya ingin berkongsi tentang Pengaktifan Otak Tengah Menjadikan Zaman Kanak-kanak Sesuatu Yang Bernilai.

Pagi tadi isteri saya terbaca status seorang kaunselor mengenai tekanan yang dialami oleh seorang anak dan kedua ibubapanya mengenai result exam anak tersebut. Saya kongsikan disini

Normaliza Mahadi

Anak 8 tahun mahu dihantar ke kaunseling kerana pencapaian peperiksaan yang tidak memuaskan.

Anak dapat 2B dan yang lain semua A. Ibubapa rasa kecewa kerana anak ini telah dibantu daripada pelbagai segi termasuk tuition dan kelas tambahan sekolah.

Anak masuk ke kelas kedua sedangkan ibubapa mengharap anak kekal di kelas pertama.

Malas nak jawap.

Anak tu dah nak hantar pergi Oxford ke pun. Budak tu 8 tahunlah. 8 tahun. 8 tahun.

Baru nak kenal dunia. Baru nak merangkak dlm alam realiti kehidupan. Baru aje nak fikir macamana nak sikat rambut. Baru aje nak pilih warna baju tidur.

Baru aje budak ni nak berkembang jadi anak yang bijak dan baru aje nak bertatih dalam alam yang penuh dengan harapan.

Mak dan bapak! Apa kena korang ni. Apa?

Kesian budak tu! Malangnya. Umur 8 tahun tapi stress umur 18 tahun.

stress

Mak bapak

Tahun 2001 dulu ada seorang budak lelaki yang grad sebagai Dr.

Lepas aje dpt scroll tu, dia terus pergi bagi kat mak bapak dia. Dan bgtau mak bapak dia, sekarang dah boleh panggil saya Dr. Tapi saya nak jadi ahli muzik.

Malam tu terus pergi ke luar negara dan tidak pernah balik sehingga hari ini. 16 tahun telah berlalu.

Bapa dah meninggal. Dan dia masih tak dapat dihubungi. Maknya sekarang sakit dan asyik menyebut nama anak.

Masa dia kecil dan membesar, mak bapaknya macam yang nak hantar anak 8 tahun pergi kaunseling ini.

Hari ni hari yang panjang nampaknya…

😭😭😭😭😭’

#khidmatmasyarakat

Luahan ini bukan yang pertama kita dengan di media sosial, banyak sangat dah. Isu yang sama pasal soalan budak darjah satu yang bukan diorang ajar tak mampu nak jawab, tapi kita yang dewasa ni pun memang menggaru kepala and fikir panjang.

Buat kita fikir apa yang aku belajar kat U dulu soalan darjah satu anak pun aku takle jawab.

Macam-macam sistem baru yang diperkenalkan oleh sistem pendidikan, tekanan ni bukan saja dirasa oleh anak-anak, kita ibu bapa bahkan tenaga pengajar sendiri yang terpaksa akur pun sangat tertekan.

Dari satu isu ke satu isu, tiada pun yang kita mampu ubah, seolah-olah menyalak ke bukit kita ni.

Sendiri bising sendiri jugak nak ke tak nak kena hantar anak kesekolah dengan harapan anak kita akan mengubah nasib diri menjadi insan jauh lebih baik dari kita.

Berakhlak mulia, berpendidikan tinggi agar cerah masa depan mereka, agar mampu meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga, agar menjadi individu yang bermanfaat pada agama, bangsa dan negara.

Kearah mana dunia ini bergerak, bagaimana canggih hebat dan maju sistem pendidikan yang negara kita kejar, sememangnya kita sebagai ibubapa tiada daya, kuasa mengubahnya.

Sebab yang akan melalui fasa dan zaman kini adalah anak-anak harapan kita tu.

Maka sekarang apa yang kita mampu lakukan?

Kita boleh ubah apa yang kita boleh kawal. Apa yang kita boleh kawal?

Diri kita dan anak-anak kita…

Dari titik kita berdiri sekarang apa yang kita boleh buat as a parent untuk berikan anak-anak kita zaman kanak-kanak yang riang gembira tanpa tusyen, kelas tambahan seawal usia 5 tahun!

Tapi pada masa yang sama anak kita masih cemerlang dalam pendidikan. Masih score berderet A hanya dengan fokus didalam kelas dan homework sekolah je.

Bunyi macam budak-budak gifted yang memang otak cair punye cerita je. Anak aku tu 10x ajar pun payah faham

Adakah anda mengalami:-

  • Keliru dengan corak pendidikan sekarang?
  • Berhadapan system pendidikan yang semakin sukar difahami?
  • Anak darjah 2 tidak pandai membaca?
  • Darjah 1 sudah hantar anak tusyen?
  • Anak ketagih gadget?
  • Aku tak adalah bodoh sangat kenapa anak aku tak macam aku.
  • Cikgu tak pandai ajar murid ke?

Kita sebenarnya tidak boleh kawal bagaimana dunia ini bergerak termasuklah system pendidikan sekarang. Tetapi diri kita dan anak-anak adalah hal yang kita boleh kawal dan ubah sekarang.

Oleh itu hasil dari kajian dan praktis kami sebagai ahli masyarakat, kami merasakan betapa pentingnya ilmu pendidikan yang menurut fitrah kemanusiaan untuk dikembangkan dan diguna pakai.

Pengaktifan Minda atau Pineal Gland Activation adalah sangat penting untuk mengembalikan semula deria-deria sensitive yang dimiliki oleh manusia. Deria-deria sensitif ini termasuklah adirasa, pandangan dan sixth sense. Mungkin parents terfikir bagaimana deria ini dapat membantu dalam pelajaran?

 

Otak Tengah
Pengaktifan Otak Tengah

Ringkasan iktibar

Kehidupan kanak-kanak adalah moment-moment yang paling indah dalam kehidupan. Begurau senda bermain waema perkelahian adalah fitrah bagi seorang kanak-kanak.

Tetapi dewasa ini sikit demi sedikit  moment-moment tersebut semakin terhakis didalam kehidupan kanak-kanak disebabkan corak pemikiran parents yang ada sekarang. Bukan niat saya untuk mencari silap parents mengajar anak,  tetapi saya ingin mengaitkan dengan corak bagaimana dunia bergerak sekarang ini.

Cuba kita lihat kanak-kanak tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, taman-taman permainan dipenuhi kanak-kanak yang aktif  bermain dan bergurau senda ada yang belari..ada yang terjatuh dan luka ada pula yang bergelak ketawa.. mereka sangat gembira dengan cara hidup yang mereka lalui ketika itu.

Bagaimana pula sekarang ini? Kanak-kanak tidak seceria dahulu… mereka lebih banyak senyap, kurang bergaul dengan rakan sebaya dan tidak peduli tentang persekitaran mereka. Mereka menjadi lebih pasif dan murung.

Sekecil 5 tahun sudah didedahkan dengan dunia akademik belajar membaca dan mengira. Tolak dan tambah bagi mereka  adalah harapan ibubapa untuk mencongak masa depan mereka. Huruf A adalah huruf keramat, A lah satu-satunya ukuran kepada masa depan anak-anak mereka.

 

Dengar saja anak jiran dah pandai membaca pada umur 5 tahun kita dah mula paranoid sebab anak kita lapan tahun  tak reti membaca lagi..

Puas memikirkan mcamana nak bagi anak pandai modal tusyen kelas motivasi dah banyak habis duit…last sekali marah le..bagi tekanan pada anak tu untuk cepat pandai…

Kalau tak pandai jugak ada kayu dalam berukuran diameter 3cm boleh lentur tergantung dibalik jendela siap untuk dihayunkan pada bila-bila masa.

balun

Adakah tuan puan memiliki ciri-ciri tersebut?

Ok kami Miracle Sunnah Therapy MeST cuba membawakan massage penting berkaitan alaf pemikiran manusia melalui Pengaktifan Otak Tengah. Apa itu otak tengah dan bagaimana aktiviti otak berfungsi?

Didalam program kami, kami akan aktifkan otak tengah. Tujuan utama mengaktifkan otak tengah ni adalah untuk megembalikan semula ability-ability semulajadi yang telah Allah berikan kepada setiap manusia.

Pernahkan anda telihat dikaca TV berkaitan iklan enfagrow… anda pasti ditunjukan bagaimana saraf otak berfungsi dan berhubung.

Makin banyak neuron (sel otak) makin banyak memori yang dapat ditangkap oleh otak. Jangan terkejut sekirannya akhlak dan sikap anak anda berubah 100% selepas mengikuti program kami.

Apa yang pelajar dapat selepas Pengaktifan Otak Tengah

  • Mudah Menghafaz Al Quran
  • Melancarkan Bacaan Al Quran
  • Meningkatkan Fokus dan Tumpuan
  • Meningkatkan Daya Ingatan
  • Meningkatkan Kreativiti
  • Lebih Bijak dari biasa
  • Mampu Mengeluarkan Bakat Yang Terpendam
  • Hormon Lebih Seimbang
  • Membentuk Karakter Positif
  • Emosi Lebih Stabil

Percayalah yang anak kita boleh menjadi bijak pandai tanpa perlu menekan mereka untuk belajar, belajar, belajar, belajar.

Mereka masih boleh menikmati saat riang gembira alam kanak-kanak pada masa yang sama langsung tidak terabai pelajaran malah semakin meningkat keputusan peperiksaan mereka. InsyaAllah…

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program yang unik ini, hubungi

Arif

http://www.wasap.my/60162079040

www.ayahlejen.com

Terima kasih sudi membaca entri ini 🙂

saya tingalkan pantun 2 kerat untuk tatapan umum 😉

 

Pecah kaca pecah spoon

sudah baca harap respon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *