PENGARUH MELATONIN TERHADAP TUBUH MANUSIA

Assalamualaikum… pernahkah anda mendengar tentang hormon melatonin. sedikit kupasan PENGARUH MELATONIN TERHADAP TUBUH MANUSIA

semoga sedikit manfaat ini dapat dikongsi bersama agar ada pula yang boleh memberi manfaat…

Hormon melatonin memiliki susunan kimia yang sederhana, akan tetapi memainkan peranan yang penting di dalam fungsi-fungsi tubuh, mengawasi kerja berbagai kelenjar dan organ, dan megatur produksi hormon.

Kelenjar Pineal juga mengendalikan tahap kelebihan rangsangan saraf simpatik, terutamanya kepada tahap tekanan rendah dan memperlambatkan melatoninkecepatan ritma jantung, mengurangi kesan kepada serangan jantung, mengurangi tekanan jiwa, memperbaiki tidur (imsomnia), mengatur sistem biologis tubuh, menguatkan kekebalan tubuh (sistem ketahanan tubuh), meningkatkan sistem daya tubuh (sistem imun) terhadap kuman dan virus serta mencegah daripada penyakit kanser dan pikun (nyanyuk).

melatonin
melatonin

Produksi melatonin adalah berbeza jika dibandingkan dengan produksi seratonin, zat kimia yang menarik pembuluh darah dan bertindak sebagai pemancar saraf.

Pemikiran di waktu siang hari dengan disertai aktiviti yang agresif akan menyebabkan jumlah seratonin yang banyak dan diperlukan oleh sel-sel saraf.

KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN)

Assalamualaikum. selamat sejahtera bagi semua pembaca semoga dirahmati Allah hari ini saya nak kongsi tentang KEUNIKKAN OTAK TENGAH (MID BRAIN) atau dalam sains dikenali sebagai Kelenjar Pineal (Pineal Gland)

Otak tengah (midbrain) merupakan otak yang terletak diantara otak kanan dan kiri, juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi 300 juta serat saraf.

Otak tengah akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi dan berupaya untuk membantu menyeimbangkan keupayaan fungsi otak kanan dan otak kiri.

mid brain

Kelenjar pineal adalah organ yang berbentuk seperti kerucut (kon) yang rata. Sebesar kacang “peas” dan letaknya di pusat otak tengah.

Kelenjar pineal adalah kelenjar yang paling misteri di dalam tubuh manusia, kerana  mempunyai ukuran frekuensi yang sangat laju dan cekap apabila tiada pancaran cahaya dan terus berada di dalam kegelapan cahaya.

Penemuan telah  membuktikan bahawa kelenjar ini menghasilkan dua jenis hormon yang sangat mujarab dikenali sebagai melatonin  dan serotonin. 

Hormon melatonin akan keluar pada waktu malam dimana pada waktu itu kelenjar-kelenjar lain dibawahnya kurang aktif.

Hormon ini membantu pemikiran manusia menjadi lebih introvertif dengan memberikan rasa kebahagiaan dan keceriaan tanpa batas serta kesedaran yang lebih tinggi di dalam mengendalikan segala aktiviti individu, manakala hormon seratonin membantu untuk memberikan pengaruh kepada semangat untuk melakukan aktiviti fizikal khususnya pada siang hari di mana kelenjar-kelenjar penting yang lainnya sangat aktif  disebabkan kegiatan fizikal tubuh.

Otak Kiri Otak Kanan

Assalaualaikum… sidang pembaca yang dirahmati Allah…. Saya harini nak sembang sikit hakikat Otak Kiri dan Otak Kanan. Semoga bermafaat kepada anda semua…

Allah ciptakan kita dengan 2 bahagian otak, iaitu kiri dan kanan. Otak Kiri dan Kanan dicipta untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Tetapi perkembangan dunia dari dulu hingga kjini cenderung untuk menggunakan salah satu sahaja bahagian otak, samada dominan kiri atau dominan kanan.

otak kiri otak kanan

Mungkin kita tak pernah dengar pun orang yang seimbang penggunaan otak kiri dan kanannya.

Otak tengah tu ape plak, tak pernah dengar pun and ape kaitan dengan otak kiri dan kanan?

Ok jom kita berkenalan dengan otak tengah.

Senang cerita gini, otak tengah merupakan jambatan penghubung berkapasiti tinggi antara otak kiri dan kanan.

Otak kiri dan kanan kita merupakan tempat pemprosesan dengan tingkat kerumitan (complexity) yang tinggi.

Otak tengah pula memberi tumpuan lebih pada penyediaan sarana komunikasi dengan jalur lebar (bandwidth) yang tinggi iaitu sekitar 200-250 juta serat.

Mudah kire gini, kalau 1 serat = satu bit, lebar jalur otak tengah kita 250 mega bit, kalau compare dengan lap top biasa lebar jalur otak tengah is 3,000,000x berbanding lap top kita tu.

sempadan otak

Atau kita bagi contoh mudah camni

Bayangkan otak kita ni macam kota kembar dipisahkan oleh sebatang sungai. Yang menghubungkan kota kiri dan kota kanan is sebuah jambatan lama dah uzur pun.

Jambatan inilah yang direct berhubung dengan kedua-dua kota kiri dan kanan. Kapasiti otak tengah diandaikan dengan jumlah jalur jambatan tersebut.

Kedua-dua kota tersebut saling memrlukan untuk pelbagai kemaslahatan sesama mereka.

Bayangkan jambatan tiba-tiba runtuh, mesti terkesan kegiatan ekonomi dan produktiviti kedua-dua negara. Hubungan 2 hala jadi lambat, terjejas, benda yang negara kiri ada yang takde dinegara kanan.

Perlu negara kanan sediakan sendiri sebab jambatan dah runtuh. Buang masa…

Kalau kita baiki jambatan yang ada and kita bina lebih banyak jambatan 2 hala, kiri kanan jambatan 3 lane, 7 lane. Macammana kalau 100 lane?

Boleh bayang camne hubungan 2 hala negara kiri and kanan tu?

Apakah Fungsi Otak Tengah

Assalamualaikum sohabat-sohabat semua. hari ini saya ingin berkongsi tentang fungsi Otak Tengah.

Otak manusia sangatlah misteri dan samapai sekarang kajian otak masih tidak terhenti. makin dikaji semakin banyak diperolehi maklumat-maklumat yang baru. sangatlah unik otak manusia yang beratnya sekitar kurang 1.5kg tetapi mampu berfikir dan mencipta sesuatu yang cukup ajaib pada pandagan manusia.

Berdasarkan rajah diatas Kelenjar pineal, juga dikenali sebagai conarium atau epiphysis cerebri, ia adalah kelenjar endokrin kecil di otak vertebrata.

Pengaktifan Otak Tengah Menjadikan Zaman Kanak-kanak Sesuatu Yang Bernilai

Assalamualaikumwarahmautullahiwabarakatu sohabat-sohabat dan kawan-kawan .. hari ini saya ingin berkongsi tentang Pengaktifan Otak Tengah Menjadikan Zaman Kanak-kanak Sesuatu Yang Bernilai.

Pagi tadi isteri saya terbaca status seorang kaunselor mengenai tekanan yang dialami oleh seorang anak dan kedua ibubapanya mengenai result exam anak tersebut. Saya kongsikan disini

Normaliza Mahadi

Anak 8 tahun mahu dihantar ke kaunseling kerana pencapaian peperiksaan yang tidak memuaskan.

Anak dapat 2B dan yang lain semua A. Ibubapa rasa kecewa kerana anak ini telah dibantu daripada pelbagai segi termasuk tuition dan kelas tambahan sekolah.

Anak masuk ke kelas kedua sedangkan ibubapa mengharap anak kekal di kelas pertama.

Malas nak jawap.

Anak tu dah nak hantar pergi Oxford ke pun. Budak tu 8 tahunlah. 8 tahun. 8 tahun.

Baru nak kenal dunia. Baru nak merangkak dlm alam realiti kehidupan. Baru aje nak fikir macamana nak sikat rambut. Baru aje nak pilih warna baju tidur.

Baru aje budak ni nak berkembang jadi anak yang bijak dan baru aje nak bertatih dalam alam yang penuh dengan harapan.

Mak dan bapak! Apa kena korang ni. Apa?

Kesian budak tu! Malangnya. Umur 8 tahun tapi stress umur 18 tahun.

stress

Mak bapak

Tahun 2001 dulu ada seorang budak lelaki yang grad sebagai Dr.

Lepas aje dpt scroll tu, dia terus pergi bagi kat mak bapak dia. Dan bgtau mak bapak dia, sekarang dah boleh panggil saya Dr. Tapi saya nak jadi ahli muzik.

Malam tu terus pergi ke luar negara dan tidak pernah balik sehingga hari ini. 16 tahun telah berlalu.

Bapa dah meninggal. Dan dia masih tak dapat dihubungi. Maknya sekarang sakit dan asyik menyebut nama anak.

Masa dia kecil dan membesar, mak bapaknya macam yang nak hantar anak 8 tahun pergi kaunseling ini.

Hari ni hari yang panjang nampaknya…

😭😭😭😭😭’

#khidmatmasyarakat

Luahan ini bukan yang pertama kita dengan di media sosial, banyak sangat dah. Isu yang sama pasal soalan budak darjah satu yang bukan diorang ajar tak mampu nak jawab, tapi kita yang dewasa ni pun memang menggaru kepala and fikir panjang.

Buat kita fikir apa yang aku belajar kat U dulu soalan darjah satu anak pun aku takle jawab.

Macam-macam sistem baru yang diperkenalkan oleh sistem pendidikan, tekanan ni bukan saja dirasa oleh anak-anak, kita ibu bapa bahkan tenaga pengajar sendiri yang terpaksa akur pun sangat tertekan.

Dari satu isu ke satu isu, tiada pun yang kita mampu ubah, seolah-olah menyalak ke bukit kita ni.

Sendiri bising sendiri jugak nak ke tak nak kena hantar anak kesekolah dengan harapan anak kita akan mengubah nasib diri menjadi insan jauh lebih baik dari kita.

Berakhlak mulia, berpendidikan tinggi agar cerah masa depan mereka, agar mampu meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga, agar menjadi individu yang bermanfaat pada agama, bangsa dan negara.

Kearah mana dunia ini bergerak, bagaimana canggih hebat dan maju sistem pendidikan yang negara kita kejar, sememangnya kita sebagai ibubapa tiada daya, kuasa mengubahnya.

Sebab yang akan melalui fasa dan zaman kini adalah anak-anak harapan kita tu.

Maka sekarang apa yang kita mampu lakukan?

Kita boleh ubah apa yang kita boleh kawal. Apa yang kita boleh kawal?

Diri kita dan anak-anak kita…

Dari titik kita berdiri sekarang apa yang kita boleh buat as a parent untuk berikan anak-anak kita zaman kanak-kanak yang riang gembira tanpa tusyen, kelas tambahan seawal usia 5 tahun!

Tapi pada masa yang sama anak kita masih cemerlang dalam pendidikan. Masih score berderet A hanya dengan fokus didalam kelas dan homework sekolah je.

Bunyi macam budak-budak gifted yang memang otak cair punye cerita je. Anak aku tu 10x ajar pun payah faham

Adakah anda mengalami:-

  • Keliru dengan corak pendidikan sekarang?
  • Berhadapan system pendidikan yang semakin sukar difahami?
  • Anak darjah 2 tidak pandai membaca?
  • Darjah 1 sudah hantar anak tusyen?
  • Anak ketagih gadget?
  • Aku tak adalah bodoh sangat kenapa anak aku tak macam aku.
  • Cikgu tak pandai ajar murid ke?

Kita sebenarnya tidak boleh kawal bagaimana dunia ini bergerak termasuklah system pendidikan sekarang. Tetapi diri kita dan anak-anak adalah hal yang kita boleh kawal dan ubah sekarang.

Oleh itu hasil dari kajian dan praktis kami sebagai ahli masyarakat, kami merasakan betapa pentingnya ilmu pendidikan yang menurut fitrah kemanusiaan untuk dikembangkan dan diguna pakai.

Pengaktifan Minda atau Pineal Gland Activation adalah sangat penting untuk mengembalikan semula deria-deria sensitive yang dimiliki oleh manusia. Deria-deria sensitif ini termasuklah adirasa, pandangan dan sixth sense. Mungkin parents terfikir bagaimana deria ini dapat membantu dalam pelajaran?

 

Otak Tengah
Pengaktifan Otak Tengah

Ringkasan iktibar

Kehidupan kanak-kanak adalah moment-moment yang paling indah dalam kehidupan. Begurau senda bermain waema perkelahian adalah fitrah bagi seorang kanak-kanak.

Tetapi dewasa ini sikit demi sedikit  moment-moment tersebut semakin terhakis didalam kehidupan kanak-kanak disebabkan corak pemikiran parents yang ada sekarang. Bukan niat saya untuk mencari silap parents mengajar anak,  tetapi saya ingin mengaitkan dengan corak bagaimana dunia bergerak sekarang ini.

Cuba kita lihat kanak-kanak tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, taman-taman permainan dipenuhi kanak-kanak yang aktif  bermain dan bergurau senda ada yang belari..ada yang terjatuh dan luka ada pula yang bergelak ketawa.. mereka sangat gembira dengan cara hidup yang mereka lalui ketika itu.

Bagaimana pula sekarang ini? Kanak-kanak tidak seceria dahulu… mereka lebih banyak senyap, kurang bergaul dengan rakan sebaya dan tidak peduli tentang persekitaran mereka. Mereka menjadi lebih pasif dan murung.

Sekecil 5 tahun sudah didedahkan dengan dunia akademik belajar membaca dan mengira. Tolak dan tambah bagi mereka  adalah harapan ibubapa untuk mencongak masa depan mereka. Huruf A adalah huruf keramat, A lah satu-satunya ukuran kepada masa depan anak-anak mereka.

 

Dengar saja anak jiran dah pandai membaca pada umur 5 tahun kita dah mula paranoid sebab anak kita lapan tahun  tak reti membaca lagi..

Puas memikirkan mcamana nak bagi anak pandai modal tusyen kelas motivasi dah banyak habis duit…last sekali marah le..bagi tekanan pada anak tu untuk cepat pandai…

Kalau tak pandai jugak ada kayu dalam berukuran diameter 3cm boleh lentur tergantung dibalik jendela siap untuk dihayunkan pada bila-bila masa.

balun

Adakah tuan puan memiliki ciri-ciri tersebut?

Ok kami Miracle Sunnah Therapy MeST cuba membawakan massage penting berkaitan alaf pemikiran manusia melalui Pengaktifan Otak Tengah. Apa itu otak tengah dan bagaimana aktiviti otak berfungsi?

Didalam program kami, kami akan aktifkan otak tengah. Tujuan utama mengaktifkan otak tengah ni adalah untuk megembalikan semula ability-ability semulajadi yang telah Allah berikan kepada setiap manusia.

Pernahkan anda telihat dikaca TV berkaitan iklan enfagrow… anda pasti ditunjukan bagaimana saraf otak berfungsi dan berhubung.

Makin banyak neuron (sel otak) makin banyak memori yang dapat ditangkap oleh otak. Jangan terkejut sekirannya akhlak dan sikap anak anda berubah 100% selepas mengikuti program kami.

Apa yang pelajar dapat selepas Pengaktifan Otak Tengah

  • Mudah Menghafaz Al Quran
  • Melancarkan Bacaan Al Quran
  • Meningkatkan Fokus dan Tumpuan
  • Meningkatkan Daya Ingatan
  • Meningkatkan Kreativiti
  • Lebih Bijak dari biasa
  • Mampu Mengeluarkan Bakat Yang Terpendam
  • Hormon Lebih Seimbang
  • Membentuk Karakter Positif
  • Emosi Lebih Stabil

Percayalah yang anak kita boleh menjadi bijak pandai tanpa perlu menekan mereka untuk belajar, belajar, belajar, belajar.

Mereka masih boleh menikmati saat riang gembira alam kanak-kanak pada masa yang sama langsung tidak terabai pelajaran malah semakin meningkat keputusan peperiksaan mereka. InsyaAllah…

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program yang unik ini, hubungi

Arif

http://www.wasap.my/60162079040

www.ayahlejen.com

Terima kasih sudi membaca entri ini 🙂

saya tingalkan pantun 2 kerat untuk tatapan umum 😉

 

Pecah kaca pecah spoon

sudah baca harap respon

PROGRAM PENGAKTIFAN OTAK TENGAH

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu…sholawat dan salam atas junjungan besar Rasulullulah saw yang membawa cahaya nur Allah keserata alam. Bersyukur kehadrat Allah diatas kasih sayang yang tidak terhingga atas limpah dan kurniannya keatas sekalian sekalian mahluk yang berada didalam zat gengamannya…

Pernahkan anda mendengar istilah PENGAKTIFAN OTAK TENGAH?

Inginkah anda mengetahui rahsia kejayaan bagaimana intelektual islam seperti ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al Farabi, Al Khindi dan ramai lagi tokoh-tokoh intelektual islam yang lain.

Pernahkan anda sebagai keluarga merasakan agar anak-anak anda menjadi seperti tokoh-tokoh diatas?

Ok sebelum pergi lebih jauh,  saya nak tanya pada parents apa kita rasa kalau anak kita:-

  • Sebelum ni nak solat pun payah, malas, kene suruh banyak-banyak kali baru solat. kalau kita suruh buat apa-apa memang sampai nak kene marah baru gerak, kalau tak dia memang tak buat langsung.
  • Result exam biasa-biasa saja, average je, kita pun takapalah alhamdulillah, tapi kalau lebih baik lagi bagus.
  • Atau anak kita exam sangat baik dan dapat markah yang maximum tetapi akhlak sangat rendah seperti suka melawan cakap ibu bapa, menipu, suka bergaduh atau suka membuli rakan yang lain dan apa saja perkara yang negatif.

Suka kah kita sekirannya selepas menjalani program otak pengaktifan otak tengah

  • Dengar azan je terus solat
  • Kita mintak buat apa-apa sekali suruh terus jalan
  • Result exam dari 70 meningkat ke 90++
  • Hormat orang tua
  • Berakhlak mulia

Pengalaman Puan Hana tentang anak yang telah diaktifkan

Rasa-rasa nak tak kita hantar anak kita pergi program yang boleh bantu pembentukan sikap dan membantu tingkatkan prestasi pembelajaran anak kita?

Ok sekarang ayuh kita berkenalan dengan program pengaktifan otak tengah, ape kebendanya tu? rasa-rasa macam tidak penah dengar langsung!
kalau pineal gland pernah dengar tak?
emm senang cerita bergini,
setiap manusia biasanya penggunaan otak die samada dominan kiri atau dominan kanan
dan kebanyakannya manusia didunia mengunakan otak kiri untuk berfikir dan membuat keputusan.

Program pengaktifan otak tengah membantu memaksimumkan penggunaan otak kiri dan otak kanan

Ok analogi mudah supaya kita faham apa itu otak tengah… kita andaikan otak tengah sebagai jambatan.

Anda tahukan jambatan kedua pulau pinang. kenapa kerajaan negeri hendak buat lagi sedangkan sudah ada jambatan pertama… sudah pasti untuk memudahkan perjalanan bagi pengguna jalan raya bukan?.

Ok dengan bahasa yang mudah Pineal Gland juga merupaka jambatan diantara dua daerah, daerah  Otak Kiri atau  kita kenali sebagai IQ (INTELLIGENCE QUOTIENT) dan Otak Kanan EQ EMOTIONAL QUOTIENT.

Cuba anda bayangkan sebelum ni jambatan penghubung antara dua buah daerah ini cume 1 way je agak-agak bagaimana corak kemajuan yang dicapai oleh daerah itu kita ambil contoh negeri pulau pinang untuk mendatangkan faham. Itulah senario realiti yang berlaku antara otak kiri dan otak kanan, slow moving la ye dak?

Cuba anda bayangkan kalau kita tambah 2 jambatan, 5 jambatan, 10, 100 jambatan so camne hubungan atau kerjasama yang berlaku antara otak kiri dan otak kanan? maksima ke maksima sangat?

Atau kita bayangkan begini

Ada dua negara, negara kiri tu negara padat penduduk, sesak, padat, negara teknologi tinggi, teknlogi nuklear, naik ke bulan macam pergi pasar je hihi manakala Negara kanan pula negara kaya dengan hasil bumi, penduduk dia macam dekat switzerland penuh dengan panorama indah di balik banjaran Alps.

Penghubung diantara dua negara ni cume denai kecil satu laluan sahaja, agak-agak macamana kehidupan rakyat dinegara yang sangat maju tadi dengan tekanan kehidupan seperti cukai yang tinggi, jenayah, masaalah sosial dan bermacam-macam masaalah negara maju, sudah tentu ramai dikalangan mereka yang stress. Oleh itu bercuti adalah pilihan terbaik bagi mereka. tetapi bagai mana mereka hendak bercuti ke switzerland sebab laluan tadi sangat sempit dan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Macamana pula sekirannya   ada dua hala atau tiga hala kiri kanan, mesti laju sikit, kalau 10 hala kiri kanan?, kalau 100 hala kiri kanan?

Ok boleh nampak sedikit tak analogi ini.

So nampak sedikit tak gambaran tentang program pengaktifan otak tengah ini?

Saya cuba untuk tidak menggunakan istilah sains sangat, guna bahasa kita-kita aja.

Contoh diatas merupakan gambaran mudah tentang program ini
dan apa sebenarnye kelebihan bila kita aktifkan otak tengah anak kita atau kita sendiri?

Banyak sangat kelebihannya tapi kami highlightkan yang utama ni

– meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak
– mudah menghafal al-quran
– menyelesaikan masalah akhlak anak-anak
– meningkatkan fokus dan konsentrasi
– berkebolehan menggunakan deria ke – 6
– photographic memory
– melancarkan pertuturan

Boleh rujuk gambar untuk lebih jelas. Membaca, melukis, mewarna dengan menutup mata merupakan sebahagian latihan yang mampu dilakukan selepas pengaktifan otak tengah.

Pengaktifan otak tengah personal coaching

 

MUNGKIN KITA PERLU BERFIKIR SEJENAK ASAL USUL MALAYSIA

PENUBUHAN MALAYSIA PERANCANGAN SIAPA?

Ramai yang diajar dan belajar di sekolah pasti menyangka nama negara kita MALAYSIA ini dipilih oleh Almarhum Perdana Menteri kita yang pertama Tuanku Abdul Rahman Putra AlHaj pada 16 Sept 1963 selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.

Tapi berapa ramai yang tahu bahawa nama MALAYSIA ini telah pun lama wujud semenjak tahun1889 lagi. Ini mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis.

Banyak dokumen yang telah pun dengan jelas membuktikan nama MALAYSIA itu telah sedia wujud sebelum “konon” nya Almarhum Tengku mengisytiharkannya secara rasmi pada 16 Sept 1963.

Pelik kan..? Tapi itulah yang anda akan dapati jika anda rajin tanyaMr.Google  dan Mr. Deep Web Search tentang sejarah nama negara kita ini.

Jadi sebagai pencerahan minda untuk kita semua yang dah terlalu lama melayani mood “merdeka” kita, aku potong stim la sikit yer.

Misteri nama MALAYSIA

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR DI SEKOLAH……


1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia, selapas kemasukkan Singapura, Sarawak dan Sabah.


2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).


3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.


4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).


5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.


6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah.

.

BUKTI PERTAMA.

DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University.Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.

Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajukForeign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.” 

Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terbitan 1937)

.

BUKTI KEDUA.

Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

.

BUKTI KETIGA. 

Keratan akhbar Utusan Malaysia Julai 2009

satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”

.

BUKTI KEEMPAT.

Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929

buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun1943, yang menulis tentang nama “Malaysia”
ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA.

.

BUKTI KELIMA.

Kulit depan novel The Pirates of Malaysia

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.

.

BUKTI KEENAM.


Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).

.

BUKTI KETUJUH.

Peta tahun 1914

Di Chicago, Amerika Syarikat,peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.

.

BUKTI KELAPAN


George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

.

BUKTI KESEMBILAN.

Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatanThailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.

Markas pertama Freemasons di Pulau Pinang 1927

 

Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama. Dikatakan Malaysia adalah salah satu dari rancangan jangka masa panjang Freemason. Pertubuhan rahsia Dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar terakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924 (terbukti perbuatan Freemason), Islam di Asia Tenggara baru sahaja mula berkembang.

Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason. Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara. Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diRaja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.

.

Dato Onn Jaafar: Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diinggeriskan menjadi United Malay Nation Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan sebarang parti yang tidak diinggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA

Lim Chin Siong Said Zahari, Gabungan Putera AMCJA, Presiden Pas Dr Burhanudin Al-Helmy dan Presiden Indonesia Soekarno.

.

FAKTA

Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan: